Jumaat, 30 April 2010

MEMBERSIH KAWASAN PERKUBURAN MASYARAKAT DUSUN KPG KIUDANG/MUNGKOM, TUTONG.

PADA: 30 APRIL 2010 / 15 JAMADILAWAL 1431
JAM: 8 PAGI
TEMPAT: TANAH PERKUBURAN BUKIT KANDIS


Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Dusun Kpg Kiudang/Mungkom untuk menziarahi dan seterusnya membersihkan tanah perkuburan nenek moyang atau ahli kerabat keluarga mereka yang telah bersemadi disana. Ini adalah bagi merahmati sambutan Adau Gayoh yang diadakan pada setiap 01 Mei.




Khamis, 29 April 2010

LAWATAN KERJA ABD GHANI HJ OTHMAN, PEN. PEGAWAI DAERAH TUTONG KE KPG KIUDANG/MUNGKOM.

 PADA: 29 APRIL 2010 / 14 JAMADILAWAL 1431
JAM: 10 PAGI
BERTEMPAT: SEKITAR KPG KIUDANG/MUNGKOM.

Rombongan yang disertai oleh Pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Daerah Tutong ini bermula dari Kediaman Rumah Ketua Kmapong Kiudang/Mungkom, Awg Muhd Saiful bin Abdullah Anja bagi mendengar taklimat mengenai Kpg Kiudang/Mungkom secara ringkasnya.
Ketua Kpg memberi taklimat dihadapan.
 mengambil catatan; Penolong Pegawai Daerah Tutong,
YM Awg Abd Ghani Hj Othman.


Rombongan meneruskan lawatan ke pengusahaan ternakan kambing dan ternakan kolam ikan Awg Iman Safwan bin Abdullah Andok. juru pandu dibawa oleh wakil Awg Iman, Dyg Terang Bulan bt Ampil.






















Melawat tapak cadangan gerai serbaguna Kpg Kiudang/Mungkom bagi kemudahan penduduk kampong unutk berjaja / berniaga penghasilan mereka seperti padi, sayur-sayuran, kraftangan dan sebagainya. Rombongan lawatan juga sempat melawat ke tapak cadangan dewan serbaguna dijadikan dewan kemasyarakatan bagi kemudahan majlis2/acara2/aktiviti2 yang diadakan di kampong kiudang/mungkom (Gambar tidak dimasukkan disini)




Lawatan berakhir di Galleri Wasai Bedanu. Taklimat disampaikan oleh Awg Amran bin Hj Johari, Bendahari Majlis Perundingan Kampong Kiudang/Mungkom selaku pengusaha galeri tersebut.






Selasa, 13 April 2010

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL RUMAH BANTUAN DYG HAJIJAH BTE HJ ABD RASHID

PADA: 13 APRIL 2010 / 28 RABIULAKHIR 1431
JAM: 10 PAGI
BERTEMPAT: RMH KEDIAMAN DYG HAJIJAH HJ ABD RASHID

Rumah Bantuan dari Jabatan Pembangunan Masyarakat ini dibina pada 23hb Mei 2009 dan Alhamdulillah, siap dibina pada 22 Mac 2010. Pada hari yang tersebut diatas, Sijil Rumah Bantuan tersebut telah pun disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis; YM Awg Hj Mohd Rozan bin Dato Paduka Hj Mohd Yunos (Setiausaha Tetap, Bhg Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan) kepada Dyg Hajijah Hj Abd Rashid, salah seorang penduduk Kpg Kiudang/Mungkom.


Turut hadir di Majlis tersebut ialah YM Awg Abd Ghani Hj Othman; Penolong Pegawai Daerah Tutong, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam, JAPEM, Jabatan Perdana Menteri. Jabatan Kerja Raya, Tutong dan Pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Daerah Tutong.

Majlis diteruskan dengan berdikir...
 .. dan bacaan doa selamat.

 Pada hari tersebut, barang-barang keperluan asasi juga telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Menikmati Jamuan.


Selasa, 6 April 2010

PERJUMPAAN AWAL DENGAN KETUA PENERANGAN BHG TUTONG

PADA: 06/04/2010 HARI SELASA
JAM 8 MALAM
BERTEMPAT: RUMAH KEDIAMAN KETUA KPG KIUDANG/MUNGKOM.

Mesyuarat atau perjumpaan awal diantara Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Kiudang bersama Ketua Jabatan Penerangan (Daerah Tutong), Dyg Ruhil Amal Faridah bt Awg Yahya berserta rombongan bagi membincangkan hal mengenai kursus sivik bagi belia-belia Kpg Kiudang/Mungkom.